
Nampaknya syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia berlumba-lumba memperkenalkan produk internet terkini . Persaingan harga sudah semestinya menjadi pilihan utama pelanggan. Walau bagaimanapun kelajuan perlu diambil kira juga. Terkini TMPoint melancarkan produk baru.. barangkali … dikenali streamyx combo ??? Macam makanan di restoran makanan segera pula… tapi itulah yang saya nampak di kaca tv. Dalam masa yang sama Celcom juga tidak ketinggalan mempromosikan talian internetnya.. Satu perkembangan yang sihat supaya kita ada pilihan. Pilihlah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik…Kalau korang belum memiliki talian internet tapi bercadang akan memilikinya, saya cadangkan buat survey dulu baru buat keputusan.. Tanya kawan-kawan yang tahu pasal internet perkara yang perlu diambil kira jika nak langgan internet. Harga murah tak ada guna juga kalau lambat. Boleh guna di mana-mana pun tak berbaloi jika capaian amat lembab. Jangan lupa kelajuan internet pula. Itu sangat penting jika korang suka menonton video atau mendownload lagu-lagu…
TM streamyx memang tidak lari daripada menimbulkan masalah. Pelanggan streamyx pun tentu menghadapi masalah dengan streamyx. Kalau balik-balik sistem down.. naik angin gak tu.. maka itu lah anda masih ada pilihan lain seperti Celcom, Maxis, atau Digi. Saya masih pakai streamyx hingga ke hari ini.. tapi nampaknya saya agak bertuah kerana kelajuan streamyx saya 512kbs dengan harga RM66. Penggunaan tanpa had lagi tu..sama jugak la !!! Apapun saya masih untung. Streamyx combo ni agak mahal skit lah.. Lihat pakej streamyx combo di bawah ;

Jadi bagaimana ? adakah anda masih berminat untuk memiliki talian streamyx combo ? Jika ya, pergilah ke TMPoint nanti ya.. atau korang pohon secara online pun boleh. Pinjam internet dengan jiran sebelah dululahhh….