Jun 07 2008
Posted by admin as Adsense, Affiliate, Produk Blogger
Seperti yang kita sedia maklum, adsense merupakan program yang boleh mendatangkan wang. Sudah ramai yang menjadi kaya raya hanya dengan menyertai program ajaib ini. Ada yang bermula dengan zero modal dan akhirnya menjana pendapatan yang tak terhingga.. huh.. siapa tidak mahu wang semudah itu ?? .. sekarang petrol pun dah naik, sudah tentu kita memerlukan wang tambahan bagi menampung kos sara hidup.
Memandangkan program adsense ini boleh mendatangkan kekayaan, tidak hairanlah ia menjadi satu tarikan kepada rakyat Malaysia untuk menyertainya. Mungkin ada yang sudah lama bersama adsense tapi tidak juga mendapat seperti yang diharapkan..! Itu memang tidak dapat dinafikan. Ini terutama sekali apabila kita tidak mendapat panduan yang lengkap cara-cara menjana wang adsense dengan betul. Jika kita tidak mahu belajar daripada kesilapan maka sampai bila-bila pun income kita tidak akan ada kesannya.
Sebenarnya di Malaysia terdapat ramai otai-otai adsense. Antara otai adsense adalah saudara Sham dan saudara Munawar. Mereka ini telah menghasilkan ebook dalam Bahasa Malaysia bagaimana mereka menjana wang dengan adsense.
Untuk kali ini saya menerangkan serba sedikit mengenai ebook Panduan Raja Adsense yang ditulis oleh Sham. Saya bukan tidak mahu menulis ebook Jana Wang adsense yang ditulis oleh saudara Munawar tapi secara jujurnya saya belum mendapatkan ebook itu memandangkan tempahan ebook itu masih ditutup kerana terlalu banyak oder. Saya akan menulis mengenai ebook yang ditulis oleh saudara Munawar apabila saya memperolehinya kelak. Walau bagaimanapun saya sudah download enam modul percuma yang diberikan oleh saudara Munawar dan saya simpulkan enam modul itu cukup baik jika mahu menjana wang lebih dengan adsense.
Berbalik kepada Panduan Raja Adsense, penerangan dalam ebook ini amat terperinci memudahkan ia begitu mudah difahami walaupun anda baru dalam dunia internet. Saudara Sham mengajar secara terperinci cara-cara membina lamab blog tanpa mengeluarkan modal. Laman blog itu nanti digunakan untuk meletakkan ads google adsense. Dalam ebook Panduan Raja Adsense, anda juga akan diajar bagaimana meletakkan banner dengan betul dan menarik. Perkara yang paling penting yang anda kena ketahui adalah bagaimana anda menarik pelayar internet kelaman blog anda. Jika tidak ada orang menemui blog kita macam mana pula dapat jana wang kan ?!. Jika anda memiliki buku Panduan Raja Adsense ,Semua itu ada diterangkan dalam ebook Panduan Raja Adsense. Saya tidak dapat menghuraikan kelebihan ebook Panduan Raja Adsense disini jadi saya syorkan kepada anda agar membaca sendiri kelebihan Panduan Raja Adsense. Sila klik di sini!