Saban hari saya menggunakan komputer untuk mengupdate blog saya mahupun mencari maklumat-maklumat di internet. Tentunya anda juga menggunakan komputer sebagai medium utama dalam kehidupan seharian terutama mereka yang menjalankan bisnes melalui internet. Sebab itulah pengurusan komputer amat penting agar komputer sentiasa bekerja seperti yang diharapkan. Bagi yang menjalankan bisnes tentunya tidak terlepas pandang akan itu tapi bagaimana dengan kita yang hanya sebagai pencari maklumat di internet ???

Siapapun kita, apapun status kita, pengurusan komputer tidak harus diabaikan. Ini bagi membolehkan komputer kita dapat bekerja untuk kita seperti yang diharapkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam pengurusan komputer seperti scan virus. Jika korang pengguna internet, scan virus satu kewajiban kerana saban hari ada saja virus yang dipasarkan. Macam penyakit manusia juga mungkin. Lambat berubat alamat buruk padahnya. Begitulah komputer, boleh jadi rosak dan membinasakan maklumat anda dalam komputer.. Kena tukar komputer baru berapa RM ???. Seperti yang anda tahu ada banyak antivirus yang terdapat dipasaran sama ada secara percuma mahupun dibeli. Soalnya mana satu yang terbaik, percuma atau dibeli ? Benda yang dibeli tentunya ada banyak kelebihan bukan ?? apapun itu ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Anti Virus ni taklah mahal sangat, malah kini kita boleh dapatkannya dengan menggunakan mata wang Malaysia. Boleh didapati di kedai komputer atau secara online..

kaspersky.jpg

Pengurusan komputer lain termasuklah Beckup Utility, Check Disk, Disk Defragmenter. Maintenance ini boleh dilakukan sendiri dan dilakukan untuk menyelamatkan fail berharga, membersihkan disk dan menyusun semula fail. Saya pun bukannya pakar sangat komputer tapi itulah yang saya pernah belajar hari tu untuk dikongsikan bersama.

banner

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot