Saya fikir sudah ramai rakyat Malaysia yang menjana pendapatan secara online. Tak kiralah berapa RM yang diperolehi setiap bulan, pokoknya ada duit masuk hasil daripada perniagaan internet. Berniaga di internet mungkin susah, mungkin juga mudah. Itu terpulang kepada usaha seseorang. Jika kita ada keyakinan ditambah dengan kesungguhan, sudah tentu berniaga secara online adalah mudah.. Perniagaan secara online dibuka 24 jam sehari. Jadi sama ada peniaga secara online tu sedang lena tidur, perniagaannya tetap berjalan. Inilah yang dikatakan cara mudah menjana pendapatan.
Saya ni bukanlah pakar tapi daripada pemerhatian saya, ada bebarapa cara mudah menjana pendapatan secara online. Ada “cara-cara” ni sudah saya lakukan dan sudah pun mendatangkan hasil tapi tidaklah sampai jadi jutawan macam IM yang lain
Cara mudah pertama adalah memiliki blog sendiri sama ada blog percuma atau blog berbayar. Kalau tak ada blog atau laman web, bagaimana pula mempromosi produk! Jadi kalau mahu menjana pendapatan secara online bina blog dahulu.
Cara mudah yang kedua, ikutlah mana-mana program affiliate yang boleh dipercayai. Melalui program affiliate ini, anda akan mendapat komisyen apabila pelanggan membeli produk melalui url affiliate anda.. Duduk diam-diam dah dapat wang. Tak perlu keluarkan suara untuk promosikan produk.
Cara mudah yang ketiga, ikut program google adsense. Bagi pengetahuan orang baru macam saya, google adsense ni sangat popular di Malaysia sebagai cara mudah menjana pendapatan secara online.
Seterusnya, belihlah produk seperti ebook yang mempunyai lesen hak menjual semula. Keuntungan daripada jualan ebook yang mempunyai lesen MRR adalah 100% milik anda. Antara ebook yang mempunyai boleh dijual semula adalah Panduan Mudah FTP.
Cara yang seterusnya, banyak-banyaklah buat promosi tapi jangan sampai buat SPAM nanti kena saman pla..heee. Buat iklan kat blog kita laaer