Program affiliate merupakan pendapat sampingan yang lumayan kepada blogger-blogger. Terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai secara percuma. Bagi mandapatkan jualan yang banyak daripada link affiliatenya, pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan affiliate masing-masing.
Ada yang beranggapan bahawa pelawat blog kita tidak akan membeli sesuatu produk daripada link affiliate. Mungkin pembeli itu takut empunya affiliate akan menjadi kaya. Maka dengan itu ada pendapat pelanggan tadi akan menaip secara manual alamat-alamat produk yang dia inginkan. Ekoran daripada itu berbagai cara yang dilakukan oleh internet marketer untuk menyembunyikan link affiliatenya supaya pembeli akan tertipu. Sebenarnya, bagi yang sudah lama dalam dunia internet, apapun cara yang dilakukan untuk menyembunyikan link affiliate, semua tahu itu adalah link affiliate. Ini adalah kerana pelanggan tahu keupayaan kita menyediakan sesuatu produk tersebut. Sebagai contoh blogger mempromosikan hosting diblognya dengan berusaha menyembunyikan link affiliatenya. Pembaca sudah tentu tahu blogger tersebut tidak mampu memberikan perkhidamatan hosting.
Jika affiliate menyembunyikan linknya kerana takut kena “rampas” komisyennya, itu sudah tentu amat diperlukan. Tapi jika sekiranya tujuan sembunyikan link itu kerana takut orang lain tidak membeli produk melalui linknya, saya fikir itu satu bentuk pembohongan dan ini tidak lagi boleh dikategorikan sebagai affiliate.
Bagi yang hendak menyembunyikan link affiliatenya kerana takut komisyennya kena “rampas” , anda boleh menggunakan khidmat di tinyurl.com atau viral.com secara percuma.