Rahsia terbongkar bagaimana membuat duit sebenar..anda akan menjadi jutawan apabila mahir mencetak duit. Anda sudah bersedia belajar cara-cara mencetak duit sama seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ?. Ok.. sediakan not RM50, lepas tu ambil scanner dan scan duit anda. Lepas scan bolehlah print. Nah.. anda sudah mendapat RM50 dalam masa yang singkat…ulangi langkah tadi sehingga anda jadi jutawan..hehee. Berjaya bukan ? tapi saya tidak ada jaminan wang anda boleh diguna untuk urus niaga atau tidak.

Huhuu ! Apa sebenarnya yang saya hendak jelaskan kepada pembaca semua adalah bukan mudah mendapatkan “wang mudah” bukan ?. Menjadi seorang jutawan sudah tentu impian anda tetapi bukan mudah menjadi seorang jutawan walaupun tidak mustahil anda akan menjadi seorang jutawan. Diinternet sekarang ada banyak program yang menjanjikan anda menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Jika anda berjumpa dengan program seumpama itu lebih baik tinggalkan jauh-jauh. Tanyalah diri sendiri berapa lama sudah laman web itu online dan adakah pemiliknya sudah bergelar jutawan ? Tidak ada pendapatan hari ini berniaga, esok jadi jutawan kecuali anda bekerja sebagai perompak bank..hah

Duit juta-juta amat mengasyikkan. Apabila cerita juta-juta, anda akan lupa bahawa anda sedang diperangkap. Akhirnya, apabila khayalan sudah sampai ke angkasa, anda tidak sedar sehingga membayar yuran penyertaan progran juta-juta. Tunggu punya tunggu, habukpun tidak ada.  Janji manis juta-juta sebelum tu akhirnya mengecewakan.

Semua mahu menjadi seorang jutawan tetapi jangan gelogoh sangat menjadi seorang jutawan sehingga akhirnya merugikan diri sendiri. Baca dahulu kejayaan penganjur program juta-juta sebelum menyertai program mereka..Tanyalah mereka yang ada pengalaman, ini nasihat usahawan internet Malaysia. Di Malaysia sekarang ni ada banyak program jadi jutawan sepantas kilat. Tidak perlulah saya dedahkan laman webnya kerana anda sendiri sudah tentu pernah menjumpainya atau pernah menyertainya..

Biar lambat asalkan ada masuk… biar lambat kaya asalkan jadi jutawan. Jika mahu menjadi jutawan belajarlah dengan orang yang benar-benar dah berjaya. Mentor usahawan Irfan Khairi ada banyak idea yang boleh diterima pakai untuk menjadi jutawan. Memang harus kita belajar daripada beliau kerana beliau dah pun bergelar jutawan yang nyata.

Pencetak duit pun bukan jutawan..hehee

Kejayaan anda bermula disini !

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot