Kali ini saya akan tulis tentang buat blog domain sendiri. Saya sebenarnya bukanlah pakar untuk mengupas tentang blog ini kerana saya sendiri baru dalam dunia blog domain sendiri. Sekadar memberikan panduan ringkas tu bolehlah.

Memiliki blog sendiri bukanlah sesusah mana. Jika memblog hanya untuk suka-suka, anda boleh membuat blog secara percuma di blogspot ataupun wordpress. Untuk blog percuma, anda tidak bebas kerana terikat dengan terma hosting. Jika anda melanggar terma dan syarat yang ditetapkan maka blog anda akan dibanned. Saya sebenarnya pernah mengalami nasib malang itu dengan blog percuma daripada wordpress kerana meletakkan link affiliate. Oleh itu saya mengambil keputusan membeli domain dan hosting sendiri kerana saya mahu serius dalam dunia blog. Jika anda serius dengan blog memblog, anda semestinya mendapatkan domain dan hosting berbayar.

Sebanarnya tidak susah mendapatkan hosting yang murah. Di Malaysia sendiri amat banyak hosting. Anda pilih sahaja mana satu sesuai dan berkenan dihati. Dalam artikel saya yang terdahulu saya ada menerangkan tips memilih hosting untuk membangunkan blog atau laman web. Bagi yang baru berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini, anda dialu-alukan membaca artikel tersebut.

Oklah, ini adalah beberapa panduan ringkas untuk membina blog domain sendiri dengan wordpress. Pertama sekali anda mestilah membeli domain atau alamat blog anda ( www.namaanda.com) kemudian beli hosting untuk menyimpan segala fail atau dokumen anda. Saya cadangkan anda membeli hosting di DataKL atau NAMSAHAZ. Ini adalah kerana hosting ini agak murah. Jika anda beli hosting 2Gb tambah harga domain, baru RM100 setahun. Agaknya hisap rokok setahun lebih daripada seratus ringgit kot !

Setelah anda bayar semua bil-bilnya, pihak pengurusan hosting akan menghantar username dan password kepada anda. Anda bolehlah mulakan setting blog anda. Pergi ke Cpanel kemudian install wordpress dalam blog anda. Jika anda masalah setting blog sila gunakan khidmat saudara dinberamboi yang peramah tu. Soal setting blog, itu memang dia punya kepakaranlah dengan kos yang amat berbaloi. Setalah anda sudah melakukan setting, maka anda bolehlah memulakan post anda. Dari masa ke semasa anda boleh menghias blog anda mengikut kesukaan anda. Dalam masa yang sama anda menjana pendapatan sampingan walaupun anda sedang bersama yang tersayang…

Begitu bina blog domain sendiri. Saya cuba akan buat post yang bergambar pula pada masa akan datang. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan jangan segan menghubungi sahabat saya dinberamboi.

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot