Start enjin kereta sahaja, duit akan mengalir keluar. Begitulah kehidupan.. kalau tak itu bukan kehidupan yang sempurna. Itu cerita duit mengalir keluar dari poket . Ni cerita duit mengalir masuk ke poket pula. Masuk mana-mana blog termasuk juga blog yang korang tengah lawat ni, kebanyakannya cerita tentang duit mengalir masuk ke poket. Kalau adapun blog yang tidak sebut tentang duit tetapi masih ada unsur-unsur duit mengalir masuk ke poket. Ok lah, mari saya cerita mengenai blog buat duit mengalir masuk ke poket.

Emm.. sebelum tu nak tanya kamu ada blog ke ? Kalau ada, berapa RM sudah dapat ? Kita pergi kepada tajuk asal iaitu bolehkan blog buat duit mudah. Kalau jawapan korang boleh, ertinya korang sudah mendapat hasil daripada blog anda. Jika berpendapat sebaliknya, mungkin anda lupakan sahaja buat blog.

Blog sebenarnya boleh buat duit tapi sama ada mudah atau susah, itu terpulang kepada usaha sendiri. Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh membuat duit dengan blog anda tapi untuk mahu menjadi jutawan segera itu cerita lain. Dalam entry saya yang terdahulu, saya pernah tegaskan bukan mudah jadi jutawan walau bagaimanapun anda juga berhak menjadi jutawan.

Menyertai program adsense sebenarnya boleh mendatangkan duit mudah ke poket anda. Mengapa ? Adsense adalah program yang boleh disertai secara percuma. Anda cuma letakkan iklan adsense di blog anda. Jika bernasib baik ada orang klik iklan adsense anda maka anda sudah dapat duit mudah.

Program affiliate juga boleh menghasilkan duit. Korang cuma join program affiliate secara percuma, kemudian iklankan di blog anda. Jangan cuma letak iklan sahaja tapi buatlah sedikit review agar bekal pembeli mengetahui kebaikan produk yang anda iklankan.

Jika sekiranya blog anda mempunyai traffik yang tinggi, anda bolehlah buka ruangan petak iklan. Sewakan petak pengiklanan tu kepada advertiser dan anda akan dapat duit mudah.

Mungkin sudah ramai yang sudah tahu tapi saya percaya masih ada blogger tidak tahu nuffnang dan advertlets bagi korang duit percuma. Sama seperti adsense, boleh disertai percuma dan dapat duit jika dapat click. Tapi jangan klik iklan sendiri kerana mereka bukan mudah ditipu dan perbuatan jahat anda akan mengundang anda black list.

Hmmm… setakat ini saya yakin korang sudah dapat tangkap bagaimana blog boleh buat duit mudah. Jika cerita ini kurang memuaskan, saya syorkan korang pergi ke blog Mas Dino di jutawanblog.com kerana beliau ada idea bagaimana menghasilkan duit dengan blog.. sila ke jutawanblog.com.

Bina Blog Sendiri Dalam Masa Singkat

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot