Pernahkah anda menyertai program jualan langsung ? Bagaimana anda berhadapan dengan pelanggan anda ? Adakah pelanggan membeli produk yang anda promosi setelah anda memberikan penerangan yang panjang lebar ? Saya percaya tidak ramai yang berjaya dalam dunia jualan langsung jika mempunyai sikap pemalu dan tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang produk tersebut. Secara jujurnya anda tidak akan berjaya dalam dunia mlm jika anda seorang pemalu. Harus diingat dalam dunia jualan langsung anda berusaha mencari pelanggan anda dan bukan pelanggan anda yang mencari anda. Bagi yang bekerja makan gaji, masa adalah amat terhad untuk mencari pelanggan kerana masa lebih banyak di pejabat. Kita renungkan bersama. Ada juga yang berpendapat bahawa untuk menentukan kejayaan dalam dunia MLM berkaitan dengan sikap. Jika anda bersikap pemalas maka anda pasti gagal. Jika pelanggan anda juga mempunyai sikap yang dingin terhadap produk anda, anda juga akan gagal. Inilah realiti MLM kecuali jika anda mempunyai upline yang dedikasi macam saya..hehee. Contact Me !

Menjual prepaid satu penyelesaian !
Anda pernah gagal dalam dunia MLM ? Jangan bimbang kerana ada banyak peluang perniagaan yang mungkin sesuai dengan sikap anda. Sikap pemalu anda, sikap pemalas anda dan mengelak sikap pelanggan anda yang cerewet. Mungkin anda tidak percaya ada kalanya pelanggan yang cari kita. Tengah kita duduk-duduk buat kerja pelanggan datang beli produk yang kita jual. Haa! ni yang bagus kerana tidak perlu cari pelanggan. Bisnes yang saya maksudkan adalah menjual prepaid. Apabila seseorang kehabisan kredit sudah tentu pelanggan akan cari kita untuk beli prepaid. Tidak perlu korang terangkan apa itu prepaid, apa kelebihannya dan macam-macam lagi yang buat orang meluat dengar penerangan korang… Sungguh mudah dan dan untuk pengetahuan saya boleh menjual sehingga RM1000 sebulan tanpa mempromosi. Taklah jadi jutawan tetapi sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan.

Bisnes Online !
Anda juga boleh menjalankan bisnes secara online. Bisnes secara online tidak memerlukan mencari pelanggan untuk membeli produk anda. Anda cuma tulis artikel mengenai produk anda. Pada kebiasaannya pelanggan yang akan mencari produk. Sebagai contoh seseorang hendak mempelajari membina blog. Sudah tentu dia akan mencari maklumat diinternet bagaimana cara membina blog. Pelanggan akan membeli produk tersebut tanpa berjumpa dengan anda dan anda juga tidak perlu berjumpa dengan pelanggan anda. Inilah kuasa bisnes secara online. Jadi mengapa anda tidak menceburkan diri dalam dunia bisnes internet ? walau bagaimanapun jangan mengharapkan dapat menjana pendapatan beribu-ribu dalam sekelip mata atau menjadi jutawan.

Sedikit info untuk pembaca, bisnes secara online bekerja sepanjang masa walaupun ketika anda sedang bersukan atau tidur, kedai anda sentiasa terbuka.

banner

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot