Bina Blog Sendiri Dalam Masa Singkat
Menjadi seorang jutawan adalah impian setiap insan. Saya pun nak jadi seorang jutawan seperti internet marketer yang dah bergelar jutawan. Rasa-rasanya boleh jadi jutawan ke ya ? Kalau tak dapat jadi jutawan, jadi kaya pun oklah.. ya saya nak kaya supaya roti saya rasanya enak dimakan. hee
Haa !! Jutawan ? Jana pendapatan yang banyak dalam masa satu minggu ?. Ada banyak ebook yang terdapat dalam pasaran Malaysia yang menjanjikan pendapatan yang banyak dalam masa yang singkat. Benarkah selepas seseorang mempraktikkan apa yang disarankan dalam ebook itu pendapatan kita akan mencurah-curah masuk kedalam akaun bank kita ? Wah ! wang mengalir macam air masuk ke dalam akaun kita, Siapa tidak mahu wang !?.
Bahasa memang manis sebagai tarikan kepada pelanggan bagi mendorong seseorang itu membeli ebooknya. Ditambah lagi dengan bukti pendapatan yang banyak meluruhkan lagi hati para pembaca agar membeli ebook yang menjanjikan kekayaan.
Pernahkah saya membeli ebook seperti itu ? secara jujurnya saya tidak pernah membeli ebook yang menjurus kepada kekayaan. Saya sebenarnya meragui pendapatan sebenar penulis ebook tersebut selepas menonton video di metacafe yang bertajuk “bagaimana saya menjana adsense dalam masa satu hari”. Walau bagaimanapun tidak bermakna saya tidak pernah membeli ebook. Ebook pilihan saya adalah sesuatu yang berbentuk kemahiran. Sebagai contoh ebook cara-cara upgrade blog wordpress yang ditulis oleh smartzul. Hasilnya semua blog saya sudahpun saya diupgrade. Begitu juga dengan ebook setting blog. Sebelum ini saya meminta bantuan daripada binablog.dinberamboi.com untuk setting blog saya tapi kini saya boleh melakukannya sendiri malah akan menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat bina blog dot com. Jika saya membeli ebook yang mengajar saya bagaimana menjadi kaya, Bolehkah saya menjadi kaya dalam masa sebulan ?
Saya tidak bermaksud mengatakan penulis ebook tertentu itu penipu. Tulisan mereka sebenarnya tidak salah dari segi perundangan kerana dari segi teorinya apa yang mereka tulis itu benar. Cuma dari segi pelaksanaan untuk menjadi kaya raya masih boleh dipertikaikan.
Menjana pendapatan online sebenarnya boleh membawa seseorang menjadi jutawan cuma kena lihat apakah jenis bisnes online kita. Setakat menjadi affiliate tu bolehlah tutup ccm kereta tapi untuk menjadi jutawan rasanya…???????? malainkan kita fasih berbahasa inggeris.