Baca-baca blog orang, terbaca pula cerita pasal advertlets. Nak tahu juga apa sebenarnya Advertlets. Ada yang mengatakan Advertlets boleh mendatangkan wang dan ada pula berpendapat seterusnya. Walau bagaimanapun lebih ramai yang memuji Advertlets sebagai sumber pendapatan sampingan. Baca punya baca, saya pun join advertlets tapi belum dapat hasil lagi sebab baru seminggu join. Inilah kesimpulan saya mengenai Advertlets.
Advertlets sangat sesuai disertai oleh para blogger kerana dipercayai Advertlets mengiklankan khusus kepada pembaca blog sahaja. Advertlets sebenarnya satu platform pengiklanan khusus untuk Asia, khasnya Malaysia. Lebih kurang macam adsense juga ni cuma ini boleh terima Bahasa Malaysia.
Satu yang istimewanya Advertlets, sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun blognya ditulis dalam Bahasa Malaysia, English atau manderin. Jadi kalau tak fasih dalam bahasa mat salleh pun tak apa. Bukan menjadi satu halangan untuk join Advertlets. Ini peluang keemasan untuk jana pendapatan dengan blog. Mungkin korang nak tahu bagai mana buat duit dengan advertlets. Persoalan anda akan terjawab sebaik anda join Advertlets.