Filed under Produk Blogger, Umum
Bina Blog Sendiri Dalam Masa Singkat
Menjadi seorang jutawan adalah impian setiap insan. Saya pun nak jadi seorang jutawan seperti internet marketer yang dah bergelar jutawan. Rasa-rasanya boleh jadi jutawan ke ya ? Kalau tak dapat jadi jutawan, jadi kaya pun oklah.. ya saya nak kaya supaya roti saya rasanya enak dimakan. hee
Haa !! Jutawan ? Jana pendapatan yang banyak dalam masa satu minggu ?. Ada banyak ebook yang terdapat dalam pasaran Malaysia yang menjanjikan pendapatan yang banyak dalam masa yang singkat. Benarkah selepas seseorang mempraktikkan apa yang disarankan dalam ebook itu pendapatan kita akan mencurah-curah masuk kedalam akaun bank kita ? Wah ! wang mengalir macam air masuk ke dalam akaun kita, Siapa tidak mahu wang !?.
Bahasa memang manis sebagai tarikan kepada pelanggan bagi mendorong seseorang itu membeli ebooknya. Ditambah lagi dengan bukti pendapatan yang banyak meluruhkan lagi hati para pembaca agar membeli ebook yang menjanjikan kekayaan.
Pernahkah saya membeli ebook seperti itu ? secara jujurnya saya tidak pernah membeli ebook yang menjurus kepada kekayaan. Saya sebenarnya meragui pendapatan sebenar penulis ebook tersebut selepas menonton video di metacafe yang bertajuk “bagaimana saya menjana adsense dalam masa satu hari”. Walau bagaimanapun tidak bermakna saya tidak pernah membeli ebook. Ebook pilihan saya adalah sesuatu yang berbentuk kemahiran. Sebagai contoh ebook cara-cara upgrade blog wordpress yang ditulis oleh smartzul. Hasilnya semua blog saya sudahpun saya diupgrade. Begitu juga dengan ebook setting blog. Sebelum ini saya meminta bantuan daripada binablog.dinberamboi.com untuk setting blog saya tapi kini saya boleh melakukannya sendiri malah akan menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat bina blog dot com. Jika saya membeli ebook yang mengajar saya bagaimana menjadi kaya, Bolehkah saya menjadi kaya dalam masa sebulan ?
Saya tidak bermaksud mengatakan penulis ebook tertentu itu penipu. Tulisan mereka sebenarnya tidak salah dari segi perundangan kerana dari segi teorinya apa yang mereka tulis itu benar. Cuma dari segi pelaksanaan untuk menjadi kaya raya masih boleh dipertikaikan.
Menjana pendapatan online sebenarnya boleh membawa seseorang menjadi jutawan cuma kena lihat apakah jenis bisnes online kita. Setakat menjadi affiliate tu bolehlah tutup ccm kereta tapi untuk menjadi jutawan rasanya…???????? malainkan kita fasih berbahasa inggeris.
Bookmark Artikel ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Filed under Umum
Jika dihitung belum setahun saya menjadi blogger dan seterusnya menjana pendapatan sampingan secara online. Walaupun belum menjadi usahawan internet yang berjaya tapi satu hari nanti sudah tentu saya akan bergelar usahawan internet seperti mentor saya dinberamboi.
Kepada blogger yang menjana pendapatan online dengan affiliate, jangan ketinggalan untuk mendapatkan ebook pro affiliate yang ditulis oleh saudara dinberamboi bersama rakan kongsinya. Semasa saya menulis artikel ini, ebook itu belum lagi dilancarkan tetapi pihak pengurusan pro affiliate menghadiahkan bab pertama secara percuma. Saya sudahpun mendapatkan edisi percuma ini dan apa yang saya boleh nyatakan adalah saya telah mendapat ilmu yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Dapatkan edisi percuma hari ini juga !
Klik disini untuk dapatkan edisi percuma !
Alang-alang menyaluk pakasam biar sampai ke pangkal lengan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya bergelar blogger yang boleh menjana pendapatan sampingan.
Berkaitan dengan tajuk artikel saya pada kali ini, agak pelik bunyinya tetapi benar dari segi pandangan mata kasar. Sama ada kesilapan teknikal itu lain ceritalah. Ketika saya mengurus blog saya yang satu lagi saya dapati ada blogger lain yang buat link ke blog saya. Saya pun tengok-tengok juga design blog orang lain. Hah ! terkejut besar saya apabila mendapati blogger ni sudah lama menjadi blogger tapi satu ketika pernah berehat daripada melakukan post hampir 40 tahun sebelum aktif semula. Post terakhir yang saya nampak adalah pada 31 Dec 1969. Blogger ni aktif semula pada bulan Ogos 2007. Apa yang mengkagumkan saya adalah kesetiaan orang ni terhadap domainnya. Mungkin juga orang ni terlupa mengupdate blognya. Anda boleh melihat sendiri keajaiban blogger ni dengan melawat blognya seperti alamat dibawah.
http://digitalcameras.buckethunt.com/1969/12/
Haa ! itu mungkin kesilapan teknikal tapi saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin blogger ni akan memperbetulkan keadaan selepas ni . Apapun sebelum blogger tu melakukan pembetulan saya tunjukkan screen shoot blog tersebut sebagai tatapan anda .
Apapun sekali lagi saya ingatkan blogger yang mahu menjana pendapatan dengan affiliate supaya tidak ketinggalan mendapatkan edisi percuma pembongkaran rahsia affiliate.
Klik disini untuk dapatkan edisi percuma !

Bookmark Artikel ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Filed under Motivasi, Panduan Income
Sudah beberapa minggu saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan bermakna saya tidak lagi berminat tentang bisnes internet. Sebagai orang baru dalam dunia bisnes internet, pendapatan saya tidaklah semewah seperti IM yang sudah berjaya. Jadi saya masih makan gaji dengan majikan saya dan sudah tentu saya mengutamakan tugas kerja pejabat saya. Bila dah berjaya dalam bisnes internet kelak bolehlah saya jadi boss untuk diri sendiri.
Artikel saya taklah menarik untuk dibaca tetapi saya cuba memberikan informasi yang terbaik kepada anda sebagai panduan dalam bisnes internet. Mungkin ada yang tertanya-tanya kaitan membaca dengan kejayaan bisnes internet. Rajin membaca itu hanya sesuai kepada budak sekolah yang menghadapi peperikasaan agar lulus cemerlang dalam peperiksaan. Haa! itu tanggapan yang tidak tepat. Tanggapan seperti itu harus diubah jika mahu berjaya dalam dunia bisnes internet.
Jika hendak berjaya dalam bisnes internet, kita hendaklah rajin mencari maklumat di internet tips-tips atau cara menjalankan bisnes internet atau mendapatkan pasaran. Jika tidak mempunyai asas dalam bisnes internet, saya percaya seseorang itu tidak akan berjaya. Jika anda mempunyai kesukaran untuk mendapatkan buku-buku panduan dipasaran, layarilah internet dan cuba cari artikel berkaitan yang benar-benar memberi panduan kepada anda.
Dalam negara kita ada ramai usahawan internet yang sudah berjaya dan tak kurang pula yang sudah bergelar jutawan. Apabila kita menyertai bisnes internet sudah tentu kita juga mahu berjaya seperti mereka. Sudah tentu kita mahu ingin mengetahui bagaimana mereka berjaya dalam dunia bisnes internet. Pada peringkat awalnya, mereka juga adalah orang biasa yang tidak ada pengetahuan. Kelebihan mereka, selain daripada gigih berusaha, sudah tentu mereka ini rajin membaca buku-buku panduan yang membawa kepada kejayaan dalam dunia bisnes internet. Seperti saya, suatu ketika dahulu saya ingat internet ini tidak boleh buat wang. Selepas banyak membaca barulah saya sedar akan kuasa internet ini. Akan datang saya pula yang akan menyusul menjadi jutawan..heehe.
Kunjungi blog-blog jutawan dan baca rahsia kejayaan mereka. Jika mereka tak bagi percuma, jangan kedekut keluarkan wang untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka. Anda tidak akan rugi walaupun anda tidak akan menjadi jutawan tetapi sekurang-kurangnya usahawan ini telah memberi jalan kepada anda. Selebihnya terpulang kepada anda untuk menyusur jalan itu atau sebaliknya.
Mempelajari sesuatu bermula dengan membaca. Sebagai contoh jika mahu mahir setting blog, anda haruslah membaca ebook yang berkaitan dengan setting blog. Jangan tanya bagaimana setting blog tetapi dapatkan buku, baca dan praktikkan. Anda akan menjadi seorang yang mahir setting blog sendiri selepas itu.
Ada yang tidak percaya bahawa menjual prepaid tidak membawa keuntungan. Tanggapan itu timbul kerana kurangnya pembacaan dan ekoran daripada itu ia tidak tahu bahawa pengguna HP di Malaysia meningkat dari semasa ke semasa. Jadi bagaimana pula seseorang itu mengatakan bisnes jual prepaid ?? Takkan pengguna itu menjadikan handphonenya sebagai perhiasan sahaja. Sudah tentu ia memerlukan kredit untuk menggunakannya.
Mahu berjaya harus, mesti rajin membaca. Baca potensi sesuatu bisnes sebelum memulakannya. Baca artikel mengenai keboleh percayaan sesuatu program sebelum menyertainya….jangan ke laut sebelum menerima ramalan keadaan cuaca….
p/s : jangan baca buku yang tidak membawa manfaat..heehee.
Bookmark Artikel ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Filed under Bina blog, Panduan Hosting
Kali ini saya akan tulis tentang buat blog domain sendiri. Saya sebenarnya bukanlah pakar untuk mengupas tentang blog ini kerana saya sendiri baru dalam dunia blog domain sendiri. Sekadar memberikan panduan ringkas tu bolehlah.
Memiliki blog sendiri bukanlah sesusah mana. Jika memblog hanya untuk suka-suka, anda boleh membuat blog secara percuma di blogspot ataupun wordpress. Untuk blog percuma, anda tidak bebas kerana terikat dengan terma hosting. Jika anda melanggar terma dan syarat yang ditetapkan maka blog anda akan dibanned. Saya sebenarnya pernah mengalami nasib malang itu dengan blog percuma daripada wordpress kerana meletakkan link affiliate. Oleh itu saya mengambil keputusan membeli domain dan hosting sendiri kerana saya mahu serius dalam dunia blog. Jika anda serius dengan blog memblog, anda semestinya mendapatkan domain dan hosting berbayar.
Sebanarnya tidak susah mendapatkan hosting yang murah. Di Malaysia sendiri amat banyak hosting. Anda pilih sahaja mana satu sesuai dan berkenan dihati. Dalam artikel saya yang terdahulu saya ada menerangkan tips memilih hosting untuk membangunkan blog atau laman web. Bagi yang baru berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini, anda dialu-alukan membaca artikel tersebut.
Oklah, ini adalah beberapa panduan ringkas untuk membina blog domain sendiri dengan wordpress. Pertama sekali anda mestilah membeli domain atau alamat blog anda ( www.namaanda.com) kemudian beli hosting untuk menyimpan segala fail atau dokumen anda. Saya cadangkan anda membeli hosting di DataKL atau NAMSAHAZ. Ini adalah kerana hosting ini agak murah. Jika anda beli hosting 2Gb tambah harga domain, baru RM100 setahun. Agaknya hisap rokok setahun lebih daripada seratus ringgit kot !
Setelah anda bayar semua bil-bilnya, pihak pengurusan hosting akan menghantar username dan password kepada anda. Anda bolehlah mulakan setting blog anda. Pergi ke Cpanel kemudian install wordpress dalam blog anda. Jika anda masalah setting blog sila gunakan khidmat saudara dinberamboi yang peramah tu. Soal setting blog, itu memang dia punya kepakaranlah dengan kos yang amat berbaloi. Setalah anda sudah melakukan setting, maka anda bolehlah memulakan post anda. Dari masa ke semasa anda boleh menghias blog anda mengikut kesukaan anda. Dalam masa yang sama anda menjana pendapatan sampingan walaupun anda sedang bersama yang tersayang…
Begitu bina blog domain sendiri. Saya cuba akan buat post yang bergambar pula pada masa akan datang. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan jangan segan menghubungi sahabat saya dinberamboi.

Bookmark Artikel ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.